Sign In
portfolio web templates

Aktiviti Pop-Up Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) Di Bandarku Ceria

26/10/2025
​Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) telah mengadakan Aktiviti Pop-Up di Bandarku Ceria sebagai sebahagian daripada Kempen Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya “Watch Your Speed, Watch The Road”, yang merupakan usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan jalan raya, khususnya dalam mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa peka terhadap keadaan jalan.

Pelbagai aktiviti interaktif dan berinformatif telah diadakan sepanjang Aktiviti Pop-Up tersebut, antaranya kuiz keselamatan jalan raya, sesi temu bual awam serta aktiviti kesedaran, yang bertujuan menggalakkan penyertaan aktif mesyarakat dalam memahami serta mengamalkan amalan pemanduan yang berhemah dan bertanggungjawab.

Melalui kuiz yang dianjurkan, orang ramai berpeluang menguji pengetahuan mereka mengenai undang-undang lalu lintas, tanda-tanda jalan dan etika pemanduan berhemah, manakala sesi temu bual awam pula memberi ruang kepada orang ramai untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta nasihat peribadi mengenai kepentingan keselamatan di jalan raya dalam kehidupan seharian.

Sehubungan itu, MKKJR menyeru semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan, peka terhadap keadaan jalan, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta memakai tali pinggang keledar setiap masa ketika memandu atau menaiki kenderaan.

MKKJR menegaskan bahawa keselamatan jalan raya bermula dengan kesedaran setiap individu; setiap pemandu yang berhemah dan mematuhi peraturan bukan sahaja melindungi dirinya, tetapi juga menyelamatkan nyawa orang lain.

Disediakan oleh: 

Urusetia MKKJR
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, 
Negara Brunei Darussalam
mkkjr@mtic.gov.bn



Attachments